Monday, 15 August 2011

Ramadhan terakhir Bonda

Assalammualaikum....


Hari ni genap 15 hari umat Islam menunaikan ibadah Puasa...Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk menunaikan ibadah puasa. Rindu rasanya nak berbuka puasa bersama keluarga beserta lauk2 kampung....rindu sangat2


4 tahun yang lalu... 15 Ramadhan adalah ramadhan terakhir bagi bondaku yang dikasihi. Masih segar pertanyaan bonda di hening pagi ketika sy & kakak tengah bersahur. "Hari ni mak nak puasa boleh tak?". Memandangkan keadaan kesihatan bonda pada ketika itu tidak mengizinkan berpuasa, Kami memberitahu bonda...hanya boleh berpuasa separuh hari sahaja kerana perlu makan ubat.


Tengaharinya, bonda memberitahu, dia ingin meneruskan puasa kerana dia masih boleh mampu.sempat lagi bonda menyatakan bagi la dia peluang berpuasa kerana takut tidak berkesempatan untuk berpuasa  di masa akan datang.(tapi sy langsung xfaham apa yang tersirat di sebalik kata2 bonda).


 Petangnya semasa kami sekeluarga berbuka puasa, bonda langsung tidak berselera  menjamah makanan. lepas berbuka puasa, bonda terus tidur mungkin kerana penat berpuasa. Yang peliknya, bonda langsung tidak bangun.apabila dikejutkan untuk menunaikan solat, bonda menyatakan dia pening. jadi sy membiarkan bonda berehat.


16 Ramadhan 4 tahun yg lalu, sy & kakak bgn bersahur seperti biasa, tetapi yang pelik bonda tidak bangun seperti hari2 sebelumnya. sehingga lah seawal pagi, sy mengejutkan bonda untuk makan ubat. keadaan bonda pada ketika itu betul2 tidak bermaya. selepasa mkn ubt, Bonda muntah & myatakan pandangan nya gelap & kabur. bonda hanya tidur sepanjang hari. Dan pada hari ini juga kami hanya tinggal berdua sebab ayah dan kakak perlu pergi ke bandar atas urusan kerja. bila tenghari, sy menyediakan makanan tengahari untuk bonda. hanya sikit sahaja makanan bonda jamah & kemudian menyambung tidurnya kembali. Dalam pkul 5 ptg, bonda memanggil kerana hendak ke bilik air. semasa pergi ke bilik air, bonda masih mampu berjalan dgn bantuan. tetapi apabila hemdak kembali ke bilik bonda langsung tidak ada kemampuan untuk berdiri. Saya terpaksa memaggil sepupu yang kebetulan datang melawat bonda. Bonda memberitahu dia sangat pening. Apabila semakin petang keadaan bonda makin teruk. Saya membawa bonda ke ruang  tamu untuk memudahkan saya melihat keadaan bonda. Saya hanya minum segelas air milo sahaja semasa berbuka. Selepas itu saya memanggil jiran sebelah rumah untuk membawa bonda ke klinik. pada masa ini keadaan bonda makin teruk..di dalam hati hanya Tuhan sahaja tahu apa perasaan sy. Syukurlah ada saudara mara di sisi pada ketika itu.


Pada 11 lbh malam, bonda telah pergi menemui Illahi. Saya redha dgn pemergian bonda.sementara menunggu ayah, kakak2 dan abang sampai pada keesokkan harinya, tidak sedikitpun saya melelapkan mata. Bacaan yassin berulangkali saya bacakan untuk arwah bonda sehingga pagi menjelma.


Semoga arwah bonda bersemadi dengan Tenang.
Kami sentiasa mendoakan bonda dari jauh..
kami rindu sgt akan bonda....







Saturday, 13 August 2011

macam-macam ada

assalammualaikum...

Pakbr ktk org?
harap2 sihat la di bulan ramadhan tok
alhamdulillah aku tok masih dalam keadaan sihat
aku tok baruk jak kak sahor ngan roomate..lepas sahor lepak2 lok ngan roomate..sementara tggu subuh..maklum la weekend..bole la lepak2 lepas sahur..mun ari biasa td..bergaut mandi sbb van ambik 6 lbh.knek tok kmk kt JB...praktikal di HSI...ari selasa & rabu lepas kmk g praktikal di ICU...mcm2 patient bole d tanggar sia...ngeri kadang2 nangga keadaan cdak..harap2 jak cdak bole survive.Kt ICU just nangga org keja jak la...xbole lebih....sbb kmk xada kepakaran dlm ICU tok.
pas ya ari khamis & jumaat kmk masuk OT. ngilu asa nyawa nangga org kena operation...mcm belah perut ikan jak cdak...ishhh

 pas ya semalam...aku tegur la sorang member aku ni...ni bukan kali pertama tegur nya d FB...tp bole nya polah mcm aku xtegur nya....entah la apa masalah nya ya...berlagak nak mampus....mcm bagus glak...tp mun xada duit aku juak la d cari utk pinjam duit..sampai sanggup msg kt Hp....tp bila da senang skit...mcm tok la...kita tegur cara baik pun polah xtauk,...aku just nak tanyak berita jak kot...aku bukan nya minta di layan bait ni pun...sedang kan lamak tok berkawan rapat glak2...mun aku xpkir nya ya kwn bait aku...xada aku nak tegurnya...mentang2 la knek tok da keja bagus...xboh berlagak glak bah..kelak Tuhan tarik balik apa yg ktk ada brk ktk tauk....

sekian(mode menyampah da dtg)