Saturday, 5 November 2011

Allah Sentiasa menguji hambanya...

Assalammualaikum.....


        Lamenye rase berblog...ade melawat tapi mls nak menaip...Just melawat blog org jer. Byk sgt berlaku kebelakangan ni. macam2 ada. Assignment? xyah ckp le....bergolek2 minta siapkan...Tp alhamdulillah dpt disiapkan & masa yg diminta. Tp semua keja last minute...kalo wat keja last minute br ade semangat...hahahhah (dgn kata lain nye...aku memang budak pemalas)


       Lupekan pasal assignment....nak citer skit pasal perkara berlaku 2 mggu lepas....Aku masuk ward derrrrrrrrrrrrrr.....(check in HKL 4 hari 3 mlm). hari khamis tu...aku sakit tekak jer...jumaat da start batuk2, pening2, sejuk2. mkn ubt(just ada PCM jer) pun still seram sejuk. Pagi sabtu tu da ok....Ok maksudnya kt sini...suhu bdn da ok. Bile mlm, tu diaaaaaaaa.....suhu naik balik.time tu jgk la aku dok asyik ulang alik masuk tandas. Nasib baik tandas depan bilik je. Tak kire kuar masuk tandas sbb bshkan towel(wat tepis spongying la konon)...mule2 bole la ulang alik walaupun aku rase mcm nak pitam da...tp last2 aku xleh. Nak pijak lantai pun aku xmampu. Last2 aku call  housemate kesygan kt bilik sebelah memandangkan aku stay sorang weekend sbb roomate balik Kpg. Tp housemate aku xangkat plak. Maklum la time tu da pkul 12 lbh...mgkn da tdo..Tp aku call lagi sorang housemate(maklum la Kami ni meriah dlm 1 rmh). Alhamdulillah berjwb..aku call sbb towel kt kepale aku da xsejuk. Tp member aku ni baik sgt...die plak tolong wat tepid spongying. Maklum la kami ni kan student nursing tahun akhir. Bole la kata expert dlm tepid spongying ni...hahhaha. Tp aku sempat jgk la check temperature. 1st check..40.30C. Aku mcm xcayer jer..Tp still control jiwa (xnak fikir yg bukan2 la kononnya). housemate da bgn da semo tgh mlm tu. last2 tanpa kerelaan hati kami g jgk HKL. Sampai A&E HKL...mak oi...ramai beno manusia.dlm hati aku bdoa...moga cepat la sampai turn aku. Da la tgn aku da kebas abis da. Kt rmh td pun member yg tolong aku ikat rambut ngan pasang tudung. Slps 15 minute, nama kena panggil. Mcm biasa la procedure hospital....Kena ambik vital sign dulu( BP, T0, P, SPO2) lepas tu terus msk yellow zone. Lame jgk la kt yellow zone. Kena Inject? of course. Insert branula? lagi la ada. Mcm nak nangis. Tp bkl nurse mane bole nangis kan...hihihi. Tp meleleh jgk airmata walaupun berjiwa kental. Bg antibiotik plak Bolus. Biase wat kat patient seronok beno. Tp bila sendiri kena...br padan muke. Cucuk branula....kalo aku jd student....gembira sungguh bile dpt wat. Tp bile sendiri kena cucuk. ambik ko. 1st time tu kena insert branula. 






      Tu dia tgn sblh kanan utk 1st time & hari pertama masuk wad....naik merah. Dgn 3 pint for 24h. Terus kebah demam...Tp xabis ngan branula..3 kali kena ambik drh sehari...Serius  sakit . Naik kecut salur drh sampai drh xmau kuar da. Sorang2 dekat wad...pilu der.....Syukur ada kwn2 yg sudi melawat. TQ to alls...Love u...




 Hamas, Lenny, Andy, Julia, Wil, Ani






Ina, Nancy, Lim, Jess, Nuyah



Lim, Nuyah, Jess

       Itu lah kwn2 sy....Tp gmbr patient xleh tunjuk ok...hihihi. Hari ahad da sihat. Lagi sihat bila kakak kesayangan dtg dr Sarawak. Takut jgk ler bila msk wad, di diagnosiskan ada pneumonia (jangkitan di paru2). Tp alhamdulillah cuma demam biasa jer. Tp hari isnin demam naik balik. 
39.9 0lagi tu. hari ni demam sbb naik sbb xmkn ubt kot...ye la, seksa beno mkn ubt. Mkn ubt muntah. mane tahan. Demam naik pun aku xheran da..janji xmuntah.hihihhihi. Hari ni jg, insert branula sebelah kiri plak. sebelah kanan da bengkak. pasrah je la. ari ni 5 pint Normal saline for 24h.ambik ko aziah..hahhaha.




    
     Bila masuk hari ketiga, aku tanye doctor bila leh kuar? jwpn agak mengecewakan. kena stay sampai ok. Da la aku ade test. Sabar je la. Sape yg ckp mknn hospital sedap. Aku rela mkn ikan masin dr makin mknn hospital. Tp ade jgk la mknn die yg sedap. Aku xckp semua mknn die xok. Tp bole la. Bila da ari keempat..yeaaaayyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!! Aku discharge.....Tq doc. Xdpt ubt lagi, xdpt surat kuar lagi aku da siap kemas.da siap nak balik lerrrrrrrrrr...Gumbira sgt. ( dlm hati...aku xyah mkn ubt, xyah kena injection da). agak2 nye mcm tu la perasaan patient kt wad. Skrg aku da dpt selami hati patient. Pengalaman mengajar kita. hihhihhi


      Bila balik kolej..aku da start bz ngan kelas, assignment, presentation, Quiz & sewaktu dgnnya. Tp itu la student kan....dr dok tercanggok kt atas dlm wad. Sgt boring.


    Dan smlm...sy di uji lagi. Sgt menguji kesabaran. Tp saya cuba tenangkan diri. Sy perlu jd tabah. Aku rasa mcm aku kecewa lagi dlm cinta. Tp itu dugaan hidup kan? Tp aku akan bg hati ini faham. Orang yang kita sayang akan pergi jua bila sampai waktunya. Mgkn dia bukan untuk sy. Ok sy terima. Thanks God. sedih la plak bila ingat benda ni. Serius aku xmau ingat.


 Goodbye Boyfriend
     


   Sebelum menutup blog ni...Sy nak wish kwn2 sy...Goodluck 4 final exam next week & Selamat hari raya aidiladha. Aku raye perantauan lg th ni.....lallalal




Bye2..


Assalammualaikum...see 4 next blog


Friday, 14 October 2011

Bila seorang wanita menangis


Jika seorang wanita menangis dihadapan kamu
Itu bererti dia tidak dapat menahanya.

Jika kamu memegang tanganya disaat dia sedang menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkanya pergi
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya.
Selamanya…

Seorang wanita tidak akan mudah menangis
Kecuali dihadapan orang yang amat disayangi
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan mudah menangis
Hanya dia sangat mencintai dan menyayangi kamu
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis keranamu
Tolong pegang tanganya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap
Bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis keranamu
Tolong jangan menyia-yiakanya.
Mungkin kerana dengan keputusanmu itu
Kau merosakkan kehidupanya.

Saat dia menangis dihadapanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya…
Dapatkah kau lihat dan merasakan sakitnya?
Fikirkannya…

Wanita manakah yang akan menangis
Dengan murni dan penuh kasih saying
Didepanmu dan keranamu…

Dia menangis bukan kerana lemah
Dia menangis bukan kerana ingin meraih simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis kerana
Menangis dalam diam-diam
Tidakkah memungkinkan lagi.

Lelaki…
Pikirkanlah tentang hal itu
Jika seorang wanita menangisi hatinya
untuk kamu
Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah
engkau lakukan untuknya,
Hanya kau yang tahu jawapanya….
Pertimbangkanlah…

Kerana satu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
mungkin juga terlambat untuk meminta maaf

Thursday, 15 September 2011

Suka Duka Di Permai Hospital

Maok ceta skit pengalaman sepanjang 2 mggu di Hospital Permai...Tauk ktk org Hospital Permai ya cney? Hospital Permai ya di JB. Hospital org2 yg ada masalah mental. Walaupun xpenah g hospital seperti tok...tp tok la peluang kmk org g hospital kdak ya sebagai Pelatih Jururawat..

 Hari pertama g hospital permai..xtauk nak madah mcm ni perasaan,..takut, happy, blurr..semua ada...maklum la brk jak balit dr cuti raya. 1st day kat sia terus keja dr pkul 8am-5pm...mcm lain jak rasa keja office hour tok(eksen na juak o)... 1st day keja terus masuk wad admission lelaki...rasa nak lari jak dr wad nangga kerenah patient dlm ya...sgt menyeramkan. Tapi masih bole kawal juak perasaan takut ya..still bole polah muka ayu dlm wad...1st day da kena warning oleh staff...mun bole...elak dr pkei cermin mata....maok x maok...terpaksa juak la makei lens itam aku yg bolat...maok pt xtakut nangga mata aku..ahhahha

Tapi yang bestnya bila g wad pompuan....macam2 ragam..hehhehhehe...ada sorang pt..mak cik maimunah..nang pandei berlagu org ya...rindok ati dengar nya..mun asa boring d wad....alu agak mak cik ya..alu nyuruh nya berlagu...nya xpenah menghampakan kmk org...tapi rasa bersalah juak...membuli mak cik ya..tapi yg penting xpolah jaik ngan nya la....

hari last(ari tok)....sejarah dlm idup setelah bertahun2 aku x tunjuk bakat terpendam....aerobic depan org...depan org yang ada masalah mental gik ya...bantai jak la labu..hahhaha...tapi nang best d HOSPITAL PERMAI tok..Insyaallah lain kali jumpa ktk org gik warga permai...
byeeeeeeeeeeeee






assalammualaikum

Saturday, 10 September 2011

tibe masa untuk layan perasaan :)

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas."
Aneh sekali derita sakit putus cinta ini... benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.
Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."
Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri.
Benarlah kata orang: "Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."
Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang'frust' dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani 'memperkosa' kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.
Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.
Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?
Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.
Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan.
Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang 'syok' bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).
Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah... kita tetap ada Allah.
Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas.
Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.
Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah; 
"Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.
Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah.
Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, "mengapa aku terpaksa menanggung derita ini." Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter... ter... segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, "ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?"
Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi(merak kayangan).
Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada... kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, "Tuhan ada!"
Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!
Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah.
Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.
Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, "mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya." Cubalah fikirkan... siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir...
Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir... barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, "Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!"
Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan.
Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yangfrust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!
Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama 'orang' yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya.
"Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu."
"Allah ganti yang lebih baik."
"Tak sangka, kami akan serasi begini."
Begitulah suara-suara 'testimonial' daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).
Ya, pada waktu 'terkena' dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!
Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai 'mata rantai' yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.
Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah 'sekolah' yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.
Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham 'pelajaran' yang dibawa bersamanya.
Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang.
Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan 'frust' berkali-kali.
Semasa kita di peringkat remaja ada 'pelajaran-pelajaran' tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar.
Apakah 'pelajaran-pelajaran' itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya?
Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja.
Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya 'selesai' di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa 'refer'  atau 'repeat' akibat gagal dalam peperiksaan mereka.
Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I'm not a girl but not yet a women)
Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.
Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi. 
Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap.
Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frustdalam bercinta.
Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada 'pelajaran' yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca 'mesej' yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka.
Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.
Jadi langkah pertama supaya remaja 'lulus' dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka.
Frust cinta hakikatnya adalah 'guru' yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.
Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, "apakah pelajaran yang disebalik semua itu."Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan.
Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah 'mehnah' – maksudnya didikan terus dari Allah.
Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan.
Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehnah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.
Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.
Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.
Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.
Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.
Apakah sebenarnya yang menjadi 'tujuan' di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita?
Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati 'kekasih hati' agar dia sentiasa setia.
Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, "we cannot  direct the wind but we can adjust our sail." Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.
Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi 'Tuhan". Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!
Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam 'sekolah' kehidupan mereka.  
Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.
Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang.
Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi... maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan... Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.
Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.
Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, "belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air."
Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, "Jangan gergaji abuk kayu!" Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!
Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena.
Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.
Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah.
Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.
Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati... ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar.
Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa... ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah.
Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan...
Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan 'cuaca' kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu.
Fahamilah hakikat ini.
Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!
Sematkan di hati kata pujangga ini: "Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!"